Selamat datang ke iPhone baru anda. Kami ingin menunjukkan anda ciri-cirinya.
Untuk bermula, hidupkan iPhone anda dengan menekan dan menahan butang Hidup/Mati selama beberapa saat. Kemudian ikuti arahan atas skrin untuk menyediakan iPhone anda.
Asas-asas butang
Untuk mematikan atau memulakan semula iPhone,
tekan dan tahan butang Hidup/Mati selama beberapa saat, kemudian seret gelangsar untuk mengesahkan.
Untuk mematikan skrin tetapi masih menerima panggilan, tekan Hidup/Mati sekali. Tekan butang
Utama pada bila-bila masa untuk kembali ke skrin
Utama. Untuk bertukar antara aplikasi yang baru digunakan dengan cepat, dwiklik butang Utama dan sentuh ikon aplikasi.
Hidup/Mati
Tidur/
Bangun
Helo
Telefon
Sentuh nombor telefon dalam Kenalan, Kegemaran,
e-mel, mesej teks, atau hampir di mana-mana dalam iPhone untuk membuat panggilan. Atau buka aplikasi
Telefon dan sentuh butang Pad Kekunci untuk mendail secara manual. Tekan butang Hidup/Mati sekali untuk menyenyapkan panggilan masuk atau dua kali untuk menghantarnya terus ke mel suara. Atau luncurkan butang Telefon untuk membalas dengan mesej teks atau sediakan peringatan untuk memanggil balik.
Untuk menjawab panggilan semasa menggunakan headset iPhone, tekan butang tengah sekali. Tekannya sekali lagi untuk menamatkan panggilan anda.
FaceTime
Pilih sesiapa daripada kenalan anda dan ketik butang
FaceTime untuk memulakan panggilan video dengan pengguna iPhone, iPad, iPod touch atau Mac. Atau semasa anda dalam panggilan suara, ketik FaceTime untuk memulakan panggilan video. Semasa panggilan video, ketik butang Kamera untuk bertukar ke kamera belakang dan berkongsi persekitaran anda.
Dering/
Senyap
Kelantangan Naik/